AMALAN EKSA

 

EKSA

 

 

Logo EKSA Masjid Putra
  • Bentuk bintang berbucu dan melambangkan agama islam.
  • Bayang bentuk masjid melambangkan institusi Masjid Putra.
  • Perkataan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam berbentuk bulat melambangkan kesepakatan ahli zon.
  • Warna merah jambu melambangkan warna Masjid Putra.
Latarbelakang 5S Masjid Putra

Arahan pelaksanaan 5S Masjid Putra berdasarkan keputusan mesyuarat pengurusan jakim bil.12/2011 yang menetapkan pensijilan amalan persekitaran berkualiti 5S sebagai kpi bahagian kemajuan islam tahun 2012. Pelaksanaan amalan 5S di Masjid Putra telah bermula pada 2 januari 2012.

Objektif Amalan EKSA Masjid Putra
  • Membentuk persekitaran yang bersih, kemas, tersusun rapi dan selamat.
  • Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti.
  • Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan dengan cepat dan tepat.
  • Meningkatkan semangat kerja berpasukan.
  • Meningkatkan imej Masjid Putra diperingkat global.
Polisi Amalan EKSA Masjid Putra

Untuk dikenali sebagai masjid yang bersih, kemas, tersusun rapi dan selamat kepada para jemaah dan pengunjung.

Visi Amalan EKSA Masjid Putra

Menjadikan Masjid Putra sebagai institusi ibadah yang selesa dan menarik pelancong.

Misi Amalan EKSA Masjid Putra

Memastikan pengurusan dan pengimarahan masjid yang cekap dan berkualiti.

Moto Amalan EKSA Masjid Putra

EKSA lambang ketaqwaan.

Slogan Amalan EKSA Masjid Putra

Persekitaran harmoni, perkhidmatan berkualiti, Allah berkati.