Print

PUTRAJAYA – Membuka tirai tahun 2021, Masjid Putra melalui Unit Khidmat Sosial telah menyampaikan Sumbangan Musa’adah Rakan Masjid Hospital (RAMAH) kepada pesakit dan petugas barisan hadapan Hospital Putrajaya.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ikmal Zaidi bin Hashim, Imam Besar Masjid Putra Putrajaya kepada YBhg. Puan Nur Hazwani binti Rabuan, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Putrajaya serta matron mewakili pesakit wad-wad terpilih.

Sebanyak 50 set hamper berbentuk barangan keperluan harian telah disumbangkan kepada pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Wad O, Wad N dan Wad 3C. Manakala 100 pek juadah makan tengah hari telah disediakan bagi menghargai pengorbanan dan jasa para petugas barisan hadapan Hospital Putrajaya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah para pegawai serta kakitangan Masjid Putra dan Hospital Putrajaya.

© UKS Masjid Putra Putrajaya

Hits: 2763