WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA - IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Masjid Putra, Putrajaya

PUTRAJAYA - Masjid Putra telah membuka kaunter Bait Al Mahabbah (Rumah Kasih) Masjid Putra bagi operasi menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada golongan asnaf yang tinggal di Putrajaya. Program ini bertujuan meringankan beban sara hidup golongan sasar serta mendekatkan masyarakat dengan masjid sebagai pusat rohani dan pembangunan komuniti.

Mari sama-sama kita menguar-uarkan program ini kepada mereka yang berkelayakan untuk hadir menerima bantuan ini. Masjid Putra amat mengalu-alukan sebarang kerjasama mana-mana pihak bagi menjayakan program ini dengan turut serta memberi sumbangan bagi keperluan operasi Baitul Mahabbah.

Untuk makluman kaunter Bait Al-Mahabbah beroperasi setiap hari Selasa dan Khamis, jam 2:30 petang hingga 4:30 petang di Aras G, Masjid Putra. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh dirujuk dengan urus setia program iaitu Puan Suzanariah binti Samsudin (011-2543 5823) atau Encik Mohd. Nazri bin Shuaibon (017-387 9840).