Pertamanya saya panjatkan ucapan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya laman web Masjid Putra ini berjaya dizahirkan juga akhirnya. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan anda melayari laman web rasmi Masjid Putra ini dan berharap agar anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

 Laman web rasmi Masjid Putra merupakan satu mercu tanda bagi penyebaran yang berkesan terhadap "Kefahaman Islam" yang tepat melalui pelbagai usaha dan kegiatan seperti kelas-kelas pengajian, seminar, bengkel, forum dan ceramah.

 

Arus perkembangan dunia ICT yang begitu pesat di dunia tanpa sempadan ini menyaksikan perubahan ketara terhadap teknologi komunikasi yang membolehkan semua masyarakat dunia mendapatkan sebarang maklumat yang dicari dengan cepat, tepat dan mudah.

Dengan terciptanya laman web ini, pihak Masjid Putra mengalu-alukan era maklumat segera dan tidak terhad ini. Terbinanya laman web ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat terkini dan dapat mengenali Masjid Putra dengan lebih dekat lagi.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua warga Masjid Putra yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam menzahirkan dan menjayakan laman web rasmi ini.  

Insyaallah, laman web ini akan terus dipertingkatkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

TUAN HAJI ABD MANAF BIN HAJI MAT

IMAM BESAR, MASJID PUTRA 

 

Hadith & Tazkirah

Dari Jabir r.a, katanya: Rasul s.a.w bersabda: anak kunci syurga ialah sembahyang. Selanjutnya...

Masjid Putra Facebook

Copyright 2011 Perutusan Imam Besar. Masjid Putra
Joomla Templates by Wordpress themes free