Hadith dan Tazkirah
Hadith Hari Ini
-
Ganjaran Solat Berjemaah
Tarikh: May 09, 2013 Riwayat: Bukhari dan Muslim Kategori: Ibadah Hadith: Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.” Huraian Hadith: Solat di pasar adalah harus dan sah tetapi makruh kerana gangguan suara dan sebagainya yang menghilangkan khusyuk`. Malaikat berdoa untuk orang yang beriman seperti firman Allah dalam surah Ghafir, ayat 7. Orang lelaki dikehendaki mendirikan solat jemaah di masjid atau surau. Solat jemaah diberi ganjaran pahala 25 kali ganda atau lebih daripada solat bersendirian.
-
Redha Suami Membawa Ke Syurga
Tarikh: May 08, 2013 Riwayat: at-Tirmizi katanya ini hadis Hasan Kategori: Munakahat Hadith: Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. Huraian Hadith: Suami yang redha terhadap isterinya yang telah meninggal dunia membolehkan isterinya dimasukkan ke dalam syurga. Isteri-isteri hendaklah melakukan suatu perkara yang diredhai oleh suaminya. Setiap sesuatu yang hendak dilakukan oleh seseorang isteri hendaklah dipersetujui oleh suaminya. Keizinan suami atas suatu perkara yang dilakukan oleh isterinya adalah menunjukkan keredhaan suami.
-
Jangan Cuai Sara Keluarga
Tarikh: May 07, 2013 Riwayat: Abu Daud dan lain-lainnya Kategori: Munakahat Hadith: Daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Cukuplah dosa seseorang itu dengan mencuaikan tanggungjawabnya menyara keluarganya. Huraian Hadith: Menyara keluarga adalah tanggungjawab kepada ibubapa. Keengganan mengeluarkan belanja untuk keluarga adalah dianggap sebagai suatu kesalahan disisi syarak. Menyara keluarga adalah lebih mustahak daripada berbelanja untuk tujuan lain. Seorang itu berkewajipan memberi makan anak isterinya, ibubapanya yang hilang upaya, kaum kerabat yang terdekat dan orang yang dibawah tanggungannya.
-
Berbelanja di Jalan Allah
Tarikh: May 06, 2013 Riwayat: Muslim Kategori: Ibadah Hadith: Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah”. Huraian Hadith: Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu: 1)Perbelanjaan kerana kaum keluarga. 2) Berbelanja untuk binatang-binatang tunggangan pada jalan Allah, dan 3) berbelanja untuk kawan-kawan pada jalan Allah (menegakkan Agama Islam). Islam mengingatkan umatnya supaya mengambil faedah daripada berbelanja kerana perbelanjaan yang tidak dikehendaki oleh Islam adalah sia-sia dan membazir. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mencari keredhaan Allah akan mendapat pembalasan yang setimpal. Tiga perkara yang disebut dalam hadis adalah penting dan perlu didahulukan daripada yang lain dalam berbelanja.
-
Menyara Keluarga Lebih Afdhal
Tarikh: May 03, 2013 Riwayat: Muslim Kategori: Munakahat Hadith: Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu”. Huraian Hadith: Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan sahaja. Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya. Antara perbelanjaan yang paling baik disisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali zakat yang wajib. Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain. Kaum keluarga merupakan tanggungjawab utama yang mesti diselesaikan oleh suami atau penyara.
-
Jangan Sakiti Suamimu
Tarikh: May 02, 2013 Riwayat: At-Tirmizi katanya ini hadis Hasan Kategori: Munakahat Hadith: Daripada Mu’az bin Jabal RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak menyakiti seseorang perempuan akan suaminya di dunia melainkan bersumpahlah isteri di akhirat (bidadari) celakalah engkau, “Jangan engkau menyakiti”. Sesungguhnya dia hanya sebentar sahaja bersamamu di dunia ini kemudian dia akan berpisah daripadamu untuk kembali kepada kami”. Huraian Hadith: Islam melarang isteri menyakiti hati suami tanpa sebab yang diharuskan syarak. Islam menggalakkan berbaik-baik antara suami isteri untuk menjamin kerukunan rumahtangga. Hubungan suami isteri didunia ini hendaklah dipelihara dengan baik semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhirat.
-
Berhutang Menghalang Penyucian Diri dan Keredhaan Allah
Tarikh: Apr 30, 2013 Riwayat: Muslim Kategori: Akhlak Hadith: Daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie RA, daripada Rasulullah SAW, "Sesungguhnya baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)". Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata, "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?" Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkedaan sabar mengharapkan keredhaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari kebelakang". Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki tersebut bagaimanakah jika aku terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahan-kesalahanku?" Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredhaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari kebelakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku". Huraian Hadith: Bersihkanlah diri daripada berhutang kerana itu akan menghalang daripada menyucikan diri dan mendapat keredhaan Allah. Janganlah jadi orang yang bankrup kerana hutang sama ada di dunia atau akhirat. Jauhilah hidup daripada banyak berhutang dan kuatkan keimanan untuk menghadapi segala percubaan hidup. Hadis ini menunjukkan kelebihan jihad pada jalan Allah dan ganjaran bagi mereka yang terbunuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menentang musuh, bersabar atas kesakitan dan kesusahan serta hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.
-
Amalan Yang Paling Afdal
Tarikh: Apr 29, 2013 Riwayat: Bukhari dan Muslim Hadith: Daripada Abu Zar Jundubi Zar bin Junadah RA, katanya, aku bertanya, “Wahai Rasullullah, apakah amalan yang paling afdal? “Maka dijawab oleh Rasulullah SAW, ”Beriman kepada Allah SWT dan berjihad dijalannya.” Aku bertanya lagi, “Hamba manakah yang paling utama untuk dimerdekakan?” jawab baginda, ”Hamba yang paling disayangi oleh tuannya dan paling tinggi harganya.” Aku bertanya lagi, ”Jika aku tidak berbuat demikian? Rasulullah menjawab, bantulah orang yang berbuat sesuatu pekerjaan atau buatlah sesuatu untuk orang tidak pandai membuatnya.” Aku bertanya, “Wahai Rasulullah SAW bagaimana pula jika aku lemah, tidak dapat mengerjakan sebahagian kerja-kerja itu?” Jawab Rasulullah SAW, ”Hendaklah kamu menahan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya itu adalah sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.” Huraian Hadith: Umat Islam digalakkan berjihad di jalan Allah iaitu berusaha menegakkan kalimah Allah dan agamanya dengan cara yang telah dijelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Sebaik-baik bersedekah adalah bersedekah dengan harta yang paling disayangi dan paling bermanafaat . Wajib menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain dan ini adalah sedekah untuk diri sendiri.
-
Terhapus Semua Dosa Apabila Memeluk Islam
Tarikh: Apr 26, 2013 Riwayat: Bukhari dan Muslim Kategori: Ibadah Hadith: Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT suka kepada dua orang lelaki yang seorang telah membunuh yang lain. Kedua-duanya masuk syurga. Orang ini berperang di jalan Allah lalu dibunuh, kemudian yang membunuh itu bertaubat lalu dia memeluk Islam (dan pergi berperang) dan mati sebagai mati syahid.” Huraian Hadith: 1. Wajib bertaubat daripada dosa walau sebesar mana pun dosa itu dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah. 2. Dosa yang paling besar ialah kufur kepada Allah. 3. Apabila seorang kafir memeluk Islam maka dosanya yang sebelum itu dengan sendirinya diampunkan Allah, kerana Islam itu bererti taubat daripada dosa kufur atau syirik dan lain-lainnya. 4. Orang kafir yang telah membunuh tentera Islam diterima taubatnya jika bertaubat dan berpeluang pula mati syahid.
-
Mereda Marah Dengan Baca Ta'awwuz
Tarikh: Apr 19, 2013 Riwayat: Bukhari dan Muslim Kategori: Akhlak Hadith: Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam." Huraian Hadith: Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200) Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam. Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran. Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).
-
Anak Perisai Api Neraka
Tarikh: Apr 18, 2013 Riwayat: Bukhari dan Muslim Kategori: Akhlak Hadith: Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”. Huraian Hadith: Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka. Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.
-
Ingatlah Golongan Yang Lemah
Tarikh: Apr 17, 2013 Riwayat: Bukhari Hadith: Daripada Mus’ab bin Abu Waqas R.huma katanya, “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi SAW bersabda, “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu)”. Huraian Hadith: Orang Islam yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan hendaklah merendahkan dirinya kerana kelebihan itu sendiri wujud dengan adanya golongan yang lemah dan tidak bernasib baik. Pertolongan dan rezeki Allah kepada sesuatu golongan manusia atau masyarakat adalah disebabkan adanya golongan lemah dalam kelompok atau sesuatu masyarakat.
-
Menjama'kan Dua Solat Ketika Hujan
Tarikh: Apr 15, 2013 Riwayat: Bukhari dan Muslim Kategori: Ibadah Hadith: Daripada Ibn Abbas R. Anhuma: Maksudnya: "Nabi SA W mengerjakan solat di Madinah sebanyak 7 dan 8 rakaat, iaitu solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isya'. Muslim menambah: Bukan ketika takut dan bukan ketika bermusafir. Sementara dalam riwayat al-Bukhari pula: Seorang periwayat hadith bernama Ayyub berkata: Mungkinkah ketika itu malam hujan lebat? Jawabnya: Mungkin juga. Dalam riwayat Muslim lagi: Ibn Abbas berkata: Baginda tidak mahu menyusahkan sesiapapun di kalangan umatnya.' Huraian Hadith: Harus menghimpunkan dua solat secara jama' taqdim ketika hujan. Walau bagaimanapun tidak harus menjama'kan kedua-dua solat tersebut dalam waktu yang kedua. Ini kerana kemungkinan hujan akan berhenti, dan menyebabkan solat terkeluar daripada waktunya tanpa halangan. Syarat-syarat jama' ini ialah: Solat tersebut dilakukan secara berjemaah di masjid yang jauh pada anggapan umum dan terdapat kesulitan bagi seseorang ke sana di sebabkan hujan. Hujan berterusan pada permulaan kedua-dua solat dan ketika salam solat yang pertama.
-
Balasan Syurga Yang Teramat Indah
Tarikh: Apr 16, 2013 Riwayat: Bukhari Kategori: Akidah Hadith: Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia." Huraian Hadith: Hidup adalah satu perjuangan yang ada pahit dan getirnya. Ini berpadananlah dengan balasan syurga yang teramat indah bagi mereka yang telah berjaya menghadapi segala ujian Allah itu. Ingatlah. Tiada permaidani merah untuk hamba-hamba Allah yang benar-benar beriman di mana dengan cabaran dan ujian getir yang diberikan itu akan menjadikan keimanan seseorang semakin bertambah kerana nilaian Allah amat tinggi buat hamba-NYA iaitu mereka yang sanggup berkorban nyawa, harta dan tenaga demi agama-NYA.
-
Perangi Pemimpin Maksiat
Tarikh: Apr 12, 2013 Riwayat: Muslim Kategori: Akhlak Hadith: Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat". Huraian Hadith: Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam mengerjakannya. Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah didalam pemerintahannya. Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah tidak wajib dipatuhi tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat. Antara mukjizat Rasulullah SAW ialah menceritakan perkara ghaib yang akan berlaku. Solat adalah syiar Islam yang membezakan antara Islam dan kufur. menimbulkan fitnah dan perpecahan dikalangan masyarakat Islam adalah dilarang, kerana perpecahan itu lebih berat dan lebih dahsyat daripada kemungkaran pemerintah dan ketidakadilan mereka.
-
Ingatlah Golongan Yang Lemah
Tarikh: Apr 11, 2013 Riwayat: Bukhari Hadith: Daripada Mus’ab bin Abu Waqas R.huma katanya, “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi SAW bersabda, “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu)”. Huraian Hadith: Orang Islam yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan hendaklah merendahkan dirinya kerana kelebihan itu sendiri wujud dengan adanya golongan yang lemah dan tidak bernasib baik. Pertolongan dan rezeki Allah kepada sesuatu golongan manusia atau masyarakat adalah disebabkan adanya golongan lemah dalam kelompok atau sesuatu masyarakat.
-
Nikmat dunia yang paling baik
Tarikh: Apr 10, 2013 Riwayat: Muslim Kategori: Akhlak Hadith: Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”. Huraian Hadith: Segala nikmat kesenangan dan kemewahan yang ada di dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja. Ia akan lenyap apabila mana seseorang itu meninggal dunia. Nikmat dunia yang paling baik ialah isteri-isteri yang solehah iaitu yang mentaati suaminya dan bertakwa kepada Allah. Isteri yang baik (solehah) adalah sebab kebahagian didunia dan akhirat, serta dapat membantunya untuk taat kepada Allah, kerana itu lelaki hendaklah mengutamakan perempuan yang kuat pegangan agamanya daripada yang lain.
-
Redha Suami Membawa Ke Syurga
Tarikh: Apr 09, 2013 Riwayat: at-Tirmizi katanya ini hadis Hasan Kategori: Munakahat Hadith: Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”. Huraian Hadith: Suami yang redha terhadap isterinya yang telah meninggal dunia membolehkan isterinya dimasukkan ke dalam syurga. Isteri-isteri hendaklah melakukan suatu perkara yang diredhai oleh suaminya. Setiap sesuatu yang hendak dilakukan oleh seseorang isteri hendaklah dipersetujui oleh suaminya. Keizinan suami atas suatu perkara yang dilakukan oleh isterinya adalah menunjukkan keredhaan suami.
-
Haram Mengkhianati Sesama Islam
Tarikh: Apr 08, 2013 Riwayat: at-Tirmizi, katanya hadis hasan Hadith: Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” Huraian Hadith: Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain. Haram menumpahkan darah Islam sesama. Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT. Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.
-
Wanita Adalah Ujian Kepada Lelaki
Tarikh: Apr 05, 2013 Riwayat: Bukhari dan Muslim Kategori: Munakahat Hadith: Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”. Huraian Hadith: Semasa di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah dan seberat-berat ujian ialah ujian dengan kaum wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan yang menyalahi syarak. Islam mengingatkan kaum lelaki supaya mengawasi diri daripada godaan wanita. Wanita adalah daya penarik kepada kaum lelaki. Wanita ialah sumber kebaikan dan kejahatan bagi kaum lelaki.
