Bilik Pengurusan Jenazah Masjid Putra dibuka 24 jam sehari dan sedia untuk beroperasi sekiranya berlakunya satu-satu kematian. Ia dilengkapi dengan peralatan pengurusan jenazah seperti tempat untuk memandikan jenazah yang selesa dan peralatan mengapan (dikenakan bayaran RM 200.00/set). Turut disediakan ialah ruang menunggu untuk kemudahan ahli keluarga si mati sementara menunggu proses pengurusan jenazah selesai.

Masjid Putra turut menawarkan perkhidmatan menyembahyangkan jenazah dan membacakan Talqin di kubur. Selain itu, Van Jenazah juga ada disediakan untuk kemudahan pengangkutan jenazah.

Sekiranya berlaku sesuatu kematian, Masjid Putra boleh dihubungi ditalian 03-88885678 atau Ust. Mazlina Binti Mohd Anzah 012-5608692

 

Hadith & Tazkirah

Dari Jabir r.a, katanya: Rasul s.a.w bersabda: anak kunci syurga ialah sembahyang. Selanjutnya...

Masjid Putra Facebook

Copyright 2011 Pengurusan Jenazah. Masjid Putra
Joomla Templates by Wordpress themes free