
Dewan Solat Utama Masjid Putra mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang ringkas dan menarik. Ia amat luas dan tidak mempunyai dinding dalaman, sebaliknya ia mempunyai 12 tiang seri. Dewan Solat Utama yang berada di Aras G boleh memuatkan sehingga 8000 jemaah lelaki manakala di Aras 1 pula boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah wanita dalam satu-satu masa.
Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama (Aras G) juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid Putra mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya yang bersesuaian dengan konsep masjid sebagai sebuah tempat ibadah.
Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan kemudahan bolehlah menghubungi En. Mohd Shuhaidi Bin Mohamad atau Pn. Norhidayah binti Hj Zainal ditalian 03-88885678.
