KEMUDAHAN

AUDITORIUM
1
Masjid Putra dilengkapi dengan sebuah Auditorium yang boleh memuatkan sehingga 350 orang. Ia digunakan untuk program/aktiviti anjuran Masjid Putra sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun.Ia dibuka untuk sewaan dengan kadar harga RM245.00 sejam atau RM1950.00 sehari (8 jam) dengan disertakan kemudahan penghawa dingin dan peralatan P.A. System. Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan/sewaan kemudahan sila hubungi Cik Nur Hazwani binti Samsudin ditalian 03-88885678.
BILIK KULIAH
bilik-kuliah
Masjid Putra dilengkapi dengan dua buah Bilik Kuliah yang boleh memuatkan sehingga 70-80 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid Putra sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Selain itu, ia turut digunakan untuk aktiviti perbincangan secara rasmi ataupun tidak rasmi terutamanya jika melibatkan penggunaan LCD kerana Bilik Kuliah tersebut dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System. Ia dibuka untuk sewaan dengan kadar harga RM65.00 sejam atau RM500.00 sehari (8 jam) dengan disertakan kemudahan penghawa dingin, peralatan P.A. System dan kerusi meja. Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan/sewaan kemudahan sila hubungi Cik Nur Hazwani binti Samsudin ditalian 03-88885678.
DEWAN MAKAN
3
Masjid Putra dilengkapi dengan sebuah Dewan Makan yang boleh memuatkan sehingga 250 orang. Ia digunakan untuk jamuan makan bagi program/aktiviti anjuran di Masjid Putra.
DEWAN SOLAT UTAMA
dewan-solat-utama
Dewan Solat Utama Masjid Putra mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang ringkas dan menarik. Ia amat luas dan tidak mempunyai dinding dalaman, sebaliknya ia mempunyai 12 tiang seri. Dewan Solat Utama yang berada di Aras G boleh memuatkan sehingga 8,000 jemaah lelaki manakala di Aras 1 pula boleh memuatkan sehingga 2,000 jemaah wanita dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama (Aras G) juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid Putra mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya yang bersesuaian dengan konsep masjid sebagaisebuah tempat ibadah. Sebarang pertanyaan berkaitan tempahan kemudahan sila hubungi Cik Nurhazwani binti Shamsudin atau En. Mohd Shukri Bin Zamri ditalian 03-88885678.
PERPUSTAKAAN
perpustakaan

Perpustakaan Masjid Putra sehingga kini mempunyai sejumlah 10,193 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur daripada kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, belia/pelajar universiti/kolej, pegawai dan kakitangan kerajaan hinggalah kejemaah Masjid Putra sendiri.

Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan rujukan kepada umum manakala pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan Masjid Putra sahaja. Pinjaman hanya akan dibuka kepada umum setelah sistem perpustakaan yang bersesuaian dan berkesan diperolehi.

     Waktu operasi bagi Perpustakaan Al-Khawarizmi Masjid Putra:

Isnin – Khamis 10.00 pagi – 12.00 petang
2.00 petang – 4.00 petang
Jumaat 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Sabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup

     Waktu operasi bagi Perpustakaan Mini Sheikh Idris Al-Marbawi Masjid Putra:

Isnin – Ahad 10.00 pagi – 4.00 petang
5.00 petang – 7.00 malam
8.00 malam – 10.00 malam