PROSEDUR AKTIVITI PERGAMBARAN KOMERSIAL

Gambar 8
SYARAT & GARIS PANDUAN  BAGI TUJUAN AKTIVITI PENGGAMBARAN KOMERSIL DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
CONDITION & GUIDELINES FOR COMMERCIAL FILMING ACTIVITIES AT PUTRA MOSQUE, PUTRAJAYA
1. Suatu permohonan untuk membuat  penggambaran hendaklah dibuat kepada pihak JAKIM (Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh penggambaran dibuat.
An application for filming shall be made to JAKIM (The Director of Islamic Development Section, Department of Islamic Malaysia) at least 2 weeks before the date of film shooting.
2. Skrip dan jalan cerita hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi atau badan kerajaan seperti FINAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (MOCAT), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan lain-lain agensi atau badan kerajaan yang berkenaan.
Script(s) and storyboard(s) shall adhere to rules and regulations set by government agencies or bodies such as FINAS, Ministry of Culture, Arts and Tourism (MOCAT), Malaysian Censorship Board and other related government agencies or bodies concerned.
3. Krew dan artis yang terlibat hendaklah berpakaian secara sopan pada setiap masa mengikut tatacara pemakaian di masjid dan elakkan daripada memakai pakaian yang terdedah atau menjolok mata. Pengenalan diri/pas syarikat hendaklah senantiasa dipamerkan semasa di lokasi.
Crew and artistes involved be decently dressed at all times and proper attire and they are prohibited from wearing revealing or skimpy attires. They must also display their identification tags/company’s pass when at site.
4. Tidak menyiarkan lagu dan bunyi-bunyian yang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Loud music and sound that may disturb the public is not allowed.
5. Tidak mengganggu jemaah yang beribadat di masjid. Sekiranya aktiviti ini didapati mengganggu jemaah, pihak pengurusan dan pengawal keselamatan berhak untuk menegur serta melarang aktiviti yang berkaitan.
Do not disturb the congregation of worship activities in the mosque. If these activities are found to interfere with the congregation, the management and security guards has the right to rebuke and forbid those activities.
6. Tidak mengalih atau merosakkan sebarang harta awam, bunga atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar lokasi penggambaran.
Not removing or damaging any public property, flowers or plants found within the vicinity of the filming location (mosque courtyard & facilities).
7. Lokasi hendaklah dibersihkan setelah tamat aktiviti penggambaran dan tidak meninggalkan sebarang kekotoran atau sampah.
The location shall be cleaned up after filming and no rubbish is to be left behind.
8. Surat kebenaran penggambaran yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya hendakalah ditunjukkan apabila diminta oleh mana-mana pegawai penguatkuasa untuk tujuan pemeriksaan.
Letter of approval for filming issued by Perbadanan Putrajaya shall be produced for inspection upon request by any enforcement officer(s).
9. Penggambaran hanya dibenarkan di lokasi yang telah diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya dan hendaklah dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan.
Filming is only allowed at location(s) approved by Perbadanan Putrajaya and shall be carried out within the stipulated time.
10. Masjid Putra berhak menarik balik kebenaran yang telah diluluskan tanpa memberikan sebarang alasan atau notis terlebih dahulu.
Putra Mosque has the right to withdraw the approval given without giving any reasons or prior notice.
11. Pihak Masjid Putra hendaklah dimaklumkan terhadap sebarang pindaan mengenai tarikh, masa, tempat atau pembatalan aktiviti penggambaran.
The management of Putra Mosque shall be informed of any change relating to date, time, location or cancellations of filming activity.
12. Masjid Putra tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kecederaan, kehilangan nyawa, kerosakan peralatan atau kos tambahan yang ditanggung semasa membuat penggambaran yang disebabkan oleh kecuaian pembuat filem atau mana-mana pihak ketiga.
Putra Mosque shall not be liable for any injury, loss of life, damage to equipment or extra cost incurred during film shooting to negligence of the film maker or any third party.
13. Masjid Putra berhak untuk meminda syarat dan garis panduan penggambaran dari semasa ke semasa.
Putra Mosque has the right to amend the condition and guidelines of filming from time to time.
14. Putra Mosque berhak membuat tuntutan ganti rugi tehadap sebarang kerosakan yang berlaku sepanjang penggunaan tempat untuk tujuan penggambaran.
Putra Mosque has the right to make claims for damage incurred during/due to the use of locations for filming.