PROSEDUR TEMPAHAN PERKHIDMATAN MASJID

1
GARIS PANDUAN AM PENGGUNAAN KEMUDAHAN MASJID PUTRA
1. Konsep Program Yang Dianjurkan

  • Tiada unsur-unsur yang mencemarkan kesucian masjid.
  • Tiada unsure politik, perkauman dan lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan.
  • Sebarang bentuk muzik tidak dibenarkan dan hanya nasyid boleh dipertimbangkan.
2. Tempahan

  • Setiap tempahan mestilah dibuat dengan mengemukakan permohonan rasmi kepada Imam Besar dengan mengisi borang yang disediakan. Kemukakan tempahan lebih awal (5 hari bekerja) untuk pihak Masjid membuat persediaan.
  • Keutamaan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan awal.
  • Sekiranya tempoh tempahan terlalu lama dan berlaku pertanyaan tarikh bertindih, pihak pengurusan akan membuat pengesahan dengan penempah yang awal dan sekiranya masih berminat, penempah mesti membuat pembayaran segera.
3. Kelulusan

  • Program yang dianjurkan mesti mendapat kelulusan daripada Pengarah Bahagian di JAKIM atau Imam Besar Masjid Putra.
4. Bayaran

  • Bayaran perlu dibuat selewatnya (5 hari) sebelum penggunaan.
  • Caj sewaan adalah termasuk masa bagi proses persiapan & proses kemas barangan Majlis.
  • Kadar bayaran bagi setiap kemudahan (Seperti dalam Brosur/Borang Tempahan Kemudahan)
5. Pakaian

  • Pihak penganjur program dan peserta mestilah berpakaian menutup aurat.
6. Peraturan

  • Pihak Penganjur mestilah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan untuk penggunaan semua kemudahan.
  • Pihak Penganjur mestilah bertanggungjawab terhadap kebersihan atau belaku kerosakan ketika menggunakan kemudahan.
  • Pihak Penganjur dilarang MEROKOK ketika berada dalam semua kawasan kemudahan Masjid.
7. Peralatan

  • Pihak Penganjur mestilah memohon peggunaan peralatan secara bertulis serta bertanggungjawab terhadap keselamatan peralatan yang digunakan.
8. Lain-lain

  • Tidak dibenarkan menganjur Majlis Perkahwinan (Dewan Makan)
  • Tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman (Semua Bilik Kuliah dan Auditorium)
  • Sila pastikan segala program yang akan dijalankan memiliki tentatif program lengkap.
  • Persiapan segala program perlulah mendapat kebenaran dan makluman daripada pihak pengurusan Masjid.