SOALAN LAZIM

Melawat Masjid

Kami berbangga kerana anda telah membuat keputusan untuk melawat masjid kami yang merupakan tempat ibadat bagi umat Islam. Kami mengalu-alukan semua orang yang ingin melawat dan memerhatikan solat dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti harian di Masjid Putra, Putrajaya.

Berikut adalah soalan-soalan yang paling kerap ditanya tentang lawatan ke masjid. Jika anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami di E-maklumbalas kami di laman web www.masjidputra.gov.my

Apakah yang perlu pelawat pakai?

  • Pelawat perlu berpakaian sederhana dan longgar. Bagi lelaki, ia adalah lebih baik untuk memakai seluar panjang, dan bagi wanita perlu memakai seluar atau skirt labuh atau berpakaian lengan panjang. Wanita Islam wajib bertudung.

Mengapa perlu membuka kasut?

  • Pelawat perlu membuka kasut sebelum memasuki kawasan solat di masjid , supaya lantai dan permaidani tidak dikotori dengan kotoran kerana di situlah orang bersolat dan berdoa.

Di mana wanita bersolat?

  • Wanita bersolat di ruang sebelah kiri Masjid Putra dan juga di bahagian atas (Tingkat 1). Pada waktu solat Jumaat, wanita boleh bersolat di bahagian atas (Tingkat 1) kerana di bahagian Solat Utama, dikhaskan kepada golongan lelaki yang ingin bersolat Jumaat.

________________________________________________________________________________________________

Beberapa panduan lain …

Telefon bimbit

  • Deringan telefon bimbit merupakan gangguan kepada mereka yang ingin beribadat di dalam masjid. Sila tetapkan mod senyap atau tutup telefon bimbit anda sebelum memasuki ruang masjid.

Bercakap semasa di ruang solat

  • Jika anda perlu bercakap dengan seseorang ketika berada di ruang solat, sila bercakap di luar ruang solat supaya tidak mengganggu orang-orang yang sedang beribadat.

Tidak berdiri / berjalan di hadapan seseorang yang sedang bersolat.

  • Jika anda sedang berjalan di dalam ruang solat dan mencari seseorang yang sedang bersolat, sila berjalan di belakang, bukan di hadapannya.

Berjabat tangan dengan berlainan jantina

  • Umat Islam diharamkan untuk berjabat tangan dengan sesiapa sahaja daripada jantina yang berlainan. Iaitu, lelaki tidak berjabat tangan dengan wanita, dan wanita tidak berjabat tangan dengan lelaki.