TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG
a. Lebih dikenali sebagai Kelab Kebajikan Pegawai & Kakitangan Masjid Putra, Putrajaya (MASPUTRA) beralamat di Masjid Putra, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya.
b. Kelab ini secara rasminya ditubuhkan dan berdaftar pada 24 November 2010.
c. Keahlian hanya dibuka kepada pegawai & kakitangan yang bertugas di Masjid Putra berjawatan / kontrak / sementara / sambilan.
TUJUAN / MATLAMAT
a. Untuk menjaga dan membantu hal kebajikan dan kepentingan ahli.
b. Untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan, kerohanian dan lain-lain aktiviti di kalangan ahli.
c. Menganjurkan aktiviti-aktiviti rekreasi dan riadah dari semasa ke semasa.
d. Mengisi masa lapang ahli pertubuhan dengan kegiatan yang berfaedah.