Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(al-Bukhari dan Muslim)
Berita
CERAPAN GERHANA MATAHARI, SOLAT SUNAT GERHANA DAN PAMERAN
Masjid Putra telah menjadi tuan rumah program cerapan gerhana matahari pada 15 januari 2010 bersamaan 29 Muharram 1431H yang lalu. Program ini dianjurkan oleh bahagian Penyelidikan JAKIM dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Pejabat Mufti Negeri Selangor.
Melalui cerapan itu gerhana matahari bermula pada jam 3.01 minit petang dan berakhir kira-kira jam 5.38 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya taklimat gerhana yang disampaikan oleh Dr Azhari bin Mohamad dari JUPEM solat sunat gerhana dan 2 khutbah yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra. Beberapa pos pameran oleh JUPEM, JAKIM dan Pejabat MUFTI Selangor telah memberi serba sedikit maklumat dan informasi mengenai fenomena gerhana matahari ini.