Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(al-Bukhari dan Muslim)
Berita
TAKLIMAT PENGENDALIAN SISTEM SIARAYA DAN SISTEM AUDIO VISUAL MASJID PUTRA
Kerja kerja menaiktaraf Sistem Siaraya dan Audio Visual Masjid Putra telah diselesaikan pada penghujung tahun 2009. Satu majlis taklimat mengenai pengendalian kedua dua sistem ini telah dijalankan pada 13 & 14 Januari 2010 di bilik kuliah 2 Masjid Putra.
Seisi taklimat telah diberikan oleh En Mokzani mewakili syarikat perunding yang telah diamanahkan bagi melaksanakan kerja kerja menaiktaraf dan pemasangan baru sistem siaraya dan sistem audio visual Masid Putra. Taklimat ini turut disertai oleh wakil dari JKR, Pihak Penyelenggaraan Masjid itu syarikat JRM serta beberapa orang kakitangan Masjid Putra.