Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(al-Bukhari dan Muslim)
Berita
LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KAZAKHSTAN KE MASJID PUTRA
Masjid Putra telah menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Aset 0. Isseheskev beserta rombongan delegasi seramai 10 orang pada 21 Mei 2010 (Jumaat) dalam rangka lawatan kerjaya ke Malaysia. Rombongan lawatan tiba pada kira-kira jam 8.30 pagi. Ketibaan rombongan ini disambut oleh Imam Besar Masjid Putra, Tn Hj. Abd Manaf bin Hj Mat beserta para pegawai Masjid Putra. Rombongan ini dibawa melawat Dewan Solat Utama, Masjid Putra dan kawasan sekitarnya.