Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(al-Bukhari dan Muslim)
Berita
LAWATAN KAKITANGAN MASJID SULTAN AHMAD SHAH 1, KUANTAN KE MASJID PUTRA
Masjid Putra telah menerima kunjungan Pegawai dan kakitangan Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, Pahang pada 21 Mei 2010. Rombongan seramai 52 orang ini telah tiba pada jam 4.30 petang. Lawatan rasmi ke Masjid Putra dibuat bagi meneliti dan mempelajari tentang tugasan sukarelawan Masjid. Pihak Islamic Outrech ABIM telah menyampaikan taklimat dan latihan praktikal mengenai tugas-tugas sukarelawan masjid kepada ahli rombongan.