Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah
s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya
kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan
sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca
lima puluh ayat”.
 
(al-Bukhari dan Muslim)

 


Pengumuman≈  [1]Terkini! Kemudahan sewaan bagi Dewan Makan telah ditempah sepenuhnya bagi tahun 2010. Manakala kemudahan sewaan Bilik Kuliah beserta Foyer masih dibuka kepada orang ramai  [2] Penggunaan dan kemudahan sewaan Auditorium Masjid Putra masih di TUTUP buat sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sehingga dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amatlah kami kesali. 

Berita

PROGRAM DAKWAH BIL HAL KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI BUKIT PERAH, BANTING

Program Dakwah Bil Hal ke Perkampungan Orang Asli Bukit Perah, Banting, Selangor telah berjalan dengan lancar pada 9 Jun yang lalu. Program ini anjuran Unit Khidmat Sosial, Masjid Putra dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat. Rombongan ini turut disertai oleh wakil dari Kementerian Pelajaran Malaysia, HALUAN, JAIS dan kakitangan Masjid Putra serta wakil dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Antara program yang dijalankan adalah upacara rasmi pengISLAMan saudara Lalau bin Kadir yang telah selamat mengucap 2 kalimah syahadah dan diberikan nama islam Mohd Lokman bin Kadir. Selain itu, diadakan lawatan rumah ke rumah bagi mengeratkan lagi hubungan antara peserta rombongan dengan penduduk setempat serta seisi motivasi kepada anak-anak kaum asli oleh wakil Kementerian Pelajaran.

  
  
  

 
 
Masjid Putra, Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502, Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel +603-8888 5678
Fax +603-8888 3166