Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(al-Bukhari dan Muslim)
Berita
DAKWAH BIL HAL HOSPITAL SERDANG
Dakwah Bil Hal ke Hospital Serdang, Selangor oleh wakil dari Masjid Putra, Putrajaya dan Bahagian Dakwah, Jakim pada 2 Jun 2010. Rombongan peserta yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Putra telah diberi sedikit taklimat oleh pihak Hospital Serdang mengenai maklumat tentang organisasi dan prasarana di hospital. Peserta rombongan telah melawat beberapa wad untuk bertemu dengan pesakit bagi memberi motivasi dan semangat serta memberi sedikit sumbangan berbentuk hamper.