Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah
s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya
kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan
sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca
lima puluh ayat”.
 
(al-Bukhari dan Muslim)

 


Pengumuman≈  [1]Terkini! Kemudahan sewaan bagi Dewan Makan telah ditempah sepenuhnya bagi tahun 2010. Manakala kemudahan sewaan Bilik Kuliah beserta Foyer masih dibuka kepada orang ramai  [2] Penggunaan dan kemudahan sewaan Auditorium Masjid Putra masih di TUTUP buat sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sehingga dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amatlah kami kesali. 

Berita

PROGRAM SEHARI BERSAMA JAMAAH 2010M / 1431H

Masjid Putra telah mengadakan Program Sehari Bersama Jamaah 2010M / 1431 H pada 26 Jun 2010. Program ini telah berlangsung di perkarangan Masjid Putra. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara Pihak Pengurusan Masjid dan para jemaah. Disamping itu dengan berlangsungnya program ini, dapatlah kiranya orang ramai mendekatkan diri dan lebih memahami institusi masjid.

Terdapat pelbagai program dan aktiviti sepanjang hari tersebut. Antaranya ialah pameran oleh agnesi kerajaan dan swasta. Pelbagai acara pertandingan dan aktiviti dijalankan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, ujian tilawah Al-Quran bagi Dewasa, pertandingan azan dan iqamah, busana muslim, adikku kreatif, pencarian harta karun, jawi dan khat serta uji minda. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan dapat memenuhi objektif program.

   
   
   
   
   

 
 
Masjid Putra, Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502, Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel +603-8888 5678
Fax +603-8888 3166