Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca lima puluh ayat”.
(al-Bukhari dan Muslim)
UNIT PERHUBUNGAN AWAM, MULTIMEDIA DAN PUSAT SUMBER
Menyelaras hal-hal perhubungan awam, publisiti dan sidang media untuk Masjid Putra serta memberi khidmat nasihat mengenai perhubungan awam, publisiti dan kempen disamping mewujud dan mengukuhkan hubungan yang baik secara berterusan antara Kementerian, Jabatan dengan pihak media massa dan orang ramai.
Piagam Pelanggan
Memperluaskan publisti mengenai Kementerian.
Memberi kemudahan kepada pelanggan berurusan dan mendapatkan maklumat serta perkhidmatan yang cepat melalui telefon atau datang ke kaunter.
Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti dan tepat mengenai Kementerian.
Mengedar aduan-aduan kepada bahagian dan agensi dalam tempoh (3) hari dari tarikh aduan diterima.
Mengeluarkan rakaman foto/video dalam tempoh (7) hari selepas sesuatu acara/aktiviti/sidang media diadakan.
Mengeluarkan teks sidang media/temubual, kenyataan akhbar dalam tempoh (2) hari sebelum acara/sidang media diadakan. Teks ucapan/kata-kata aluan Imam Besar dikeluarkan dalam tempoh (2) minggu sebelum acara diadakan.
Aktiviti-aktiviti unit:-
Kelas Pengajian Komputer.
Program Seminar Bedah Buku.
Mencetak dan mengeluarkan pamplet Masjid Putra untuk para pengunjung/pelawat.
Mencetak dan mengeluarkan Taqwim Ramadhan.
Bertanggungjawab mengendalikan Perpustakaan Masjid Putra.
Memberikan taklimat khusus kepada rombongan lawatan/pelawat rasmi samada dari dalam dan luar negara.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Mohd Shukri b Zamri di talian 03- 88885678 dan email shukri@masjidputra.gov.my atau di alamat
Unit Perhubungan Awam, Multimedia dan Pusat Sumber
Masjid PutraJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaWilayah Persekutuan