Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu berdoa, janganlah berkata: Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau kehendaki. Tetapi hendaklah dia serahkan permohonannya dengan senang hati, kerana Allah tidak pernah segan untuk memberikan sesuatu kepadanya.

Anda Pelawat ke

Pengumuman≈  [1]Penggunaan dan kemudahan sewaan Dewan Makan & Auditorium Masjid Putra di TUTUP buat sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sehingga dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amatlah kami kesali.

PERUTUSAN IMAM BESAR, MASJID PUTRA

 

Imam Besar Assalamualaikumwarahmatullahi Wabarakaatuh,

Pertamanya saya panjatkan ucapan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya laman web Masjid Putra ini berjaya dizahirkan juga akhirnya. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan anda melayari laman web rasmi Masjid Putra ini dan berharap agar anda semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Laman web rasmi Masjid Putra merupakan satu mercu tanda bagi penyebaran yang berkesan terhadap "Kefahaman Islam" yang tepat melalui pelbagai usaha dan kegiatan seperti kelas-kelas pengajian, seminar, bengkel, forum dan ceramah.

Arus perkembangan dunia ICT yang begitu pesat di dunia tanpa sempadan ini menyaksikan perubahan ketara terhadap teknologi komunikasi yang membolehkan semua masyarakat dunia mendapatkan sebarang maklumat yang dicari dengan cepat, tepat dan mudah.

Dengan terciptanya laman web ini, pihak Masjid Putra mengalu-alukan era maklumat segera dan tidak terhad ini. Terbinanya laman web ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat terkini dan dapat mengenali Masjid Putra dengan lebih dekat lagi.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua warga Masjid Putra yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas kerjasama dalam menzahirkan dan menjayakan laman web rasmi ini.

Insyaallah, laman web ini akan terus dipertingkatkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

 

TUAN HAJI ABD MANAF BIN HAJI MAT

IMAM BESAR, MASJID PUTRA

 
 
Masjid Putra, Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502, Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel +603-8888 5678
Fax +603-8888 3166
 
PENAFIAN: Masjid Putra tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.