Daripada Zaid bin Sabit r.a. katanya: “Kami pernah bersahur bersama-sama Rasulullah
s.a.w. Selepas itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh, kamipun bertanya
kepada baginda: “Berapa jarak sebenar di antara kedua-dua itu? (di antara makan
sahur dengan sembahyang subuh)”. Baginda pun menjawab: “sekira-kira cukup membaca
lima puluh ayat”.
 
(al-Bukhari dan Muslim)

 


Pengumuman≈  [1]Terkini! Kemudahan sewaan bagi Dewan Makan telah ditempah sepenuhnya bagi tahun 2010. Manakala kemudahan sewaan Bilik Kuliah beserta Foyer masih dibuka kepada orang ramai  [2] Penggunaan dan kemudahan sewaan Auditorium Masjid Putra masih di TUTUP buat sementara waktu untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sehingga dimaklumkan kelak. Segala kesulitan amatlah kami kesali. 

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Bertanggungjawab dalam menyediakan segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mesra, cekap dan berkesan disamping memantau serta menjaga keperluan semasa Masjid Putra.

 Aktiviti-aktiviti Unit:–

Pentadbiran

  • Mengendalikan urusan surat-menyurat dan Sistem Pengurusan Fail dan Rekod.
  • Menguruskan kenderaan jabatan dan pemandu.
  • Menyelaras program tahunan serta laporan aktiviti Unit Pentadbiran dan Unit Pengimarahan Masjid Putra.
  • Mengatur mesyuarat/perjumpaan pengurusan dan penyelenggaraan Masjid Putra.
  • Mengawal selia kunci Masjid Putra.
  • Mengurus jamuan berbuka puasa dan moreh sepanjang bulan Ramadhan.
  • Mengatur tempahan jamuan bagi lawatan/mesyuarat/aktiviti Masjid Putra.
  • Mengurus dan menyelaras tempahan/sewaan kemudahan Masjid Putra.
  • Mengurus dan memantau Syarikat Penyelenggaraan Masjid Putra.
  • Menguruskan cucian jubah pelawat, jubah Imam dan Bilal, kain pelekat, sejadah, alas meja dan langsir serta cadar (Kuarters).
  • Mengurus dan menyelenggara aset, premis, inventori dan harta modal Masjid Putra.
  • Menyelia dan mengawal bekalan peralatan pejabat.
  • Mengurus Pembelian Inventori Masjid Putra.
  • Mengurus Tugas Perolehan Keperluan Pejabat.
  • Mengurus cuti pegawai dan kakitangan Masjid Putra berdasarkan Perintah Am Bab C.
  • Menyelaras penyertaan pegawai dan kakitangan untuk menjalani kursus/latihan/bengkel.
  • Menyelaras permohonan pegawai dan kakitangan untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan/jabatan.
  • Memantau serta menyediakan laporan Kad Perakam Waktu pegawai dan kakitangan Masjid Putra.

Kewangan

  • Merekod dan mengawal selia perbelanjaan di dalam Buku Vot Masjid Putra.
  • Menyemak Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Elaun Perjalanan pegawai dan kakitangan Masjid Putra.
  • Menyediakan baucer Tuntutan Elaun Perjalanan dan Tuntutan Elaun Lebih Masa pegawai dan kakitangan Masjid Putra.
  • Membantu menyelia bayaran saguhati penceramah Masjid Putra.
  • Mengurus terimaan/hasil kerajaan.
  • Menguruskan pembukaan dan pengiraan duit tabung Masjid Putra.
  • Menyelaras laporan kewangan Masjid Putra untuk dihantar ke JAKIM.
  • Memohon peruntukan tambahan.
  • Memohon pindah peruntukan.
  • Mengawal dan memantau Peruntukan Mengurus.
  • Memberi khidmat nasihat kepada unit-unit di Masjid Putra berkaitan perbelanjaan yang dikeluarkan.
  • Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Masjid Putra.
  • Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan Masjid Putra.
  • Menyelaras dan melaksanakan e-Perolehan.
  • Melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan di Masjid Putra.
 
 
Masjid Putra, Putrajaya
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502, Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Tel +603-8888 5678
Fax +603-8888 3166