WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA - IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Masjid Putra, Putrajaya

DEWAN SOLAT UTAMA

Dewan Solat Utama yang berada di Aras G boleh memuatkan sehingga 8,000 jemaah lelaki dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid Putra mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya.

DEWAN SOLAT WANITA

Dewan Solat Wanita yang berada di Aras 1 boleh memuatkan sehingga 2,000 jemaah wanita dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Wanita juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid Putra mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama dan sebagainya.

SAHN HIJJAZ

Sahn ialah kawasan terbuka yang berada di Aras G boleh memuatkan sehingga 1,000 jemaah dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, ia juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid Putra mahupun agensi luar seperti Majlis berbuka puasa, at, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya.

SAHN KUFAH

Sahn ialah kawasan terbuka yang berada di Aras G boleh memuatkan sehingga 1,000 jemaah dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, ia juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid Putra mahupun agensi luar seperti Majlis berbuka puasa, at, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya.

BILIK KULIAH ABU BAKAR AS SIDDIQ

Bilik Kuliah yang berada di aras LG boleh memuatkan sehingga 40-60 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid Putra sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik Kuliah ini dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin, kerusi dan meja.

BILIK KULIAH ALI ABI THALIB

Bilik Kuliah yang berada di aras LG boleh memuatkan sehingga 70-80 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid Putra sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik Kuliah ini dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

MAKMAL KOMPUTER UTHMAN AFFAN

Makmal komputer yang berada di aras LG dilengkapi dengan kemudahan 20 buah computer, LCD dan P.A. System serta penghawa dingin yang boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam satu-satu masa. Ia digunakan untuk program-program Masjid Putra dan anjuran agensi luar sepanjang tahun yang berjalan pada waktu siang.

BILIK MESYUARAT UMAR ABDUL AZIZ

Bilik mesyuarat yang berada di aras LG dilengkapi dengan 11 buah monitor yang boleh memuatkan sehingga 25 orang dalam satu-satu masa. Ia digunakan untuk mesyuarat Masjid Putra dan mesyuarat anjuran agensi luar sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

PERPUSTAKAAN AL KHAWARIZMI

Perpustakaan Masjid Putra  yang terletak di aras LG sehingga kini mempunyai sejumlah 12,830 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur daripada kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, belia/pelajar universiti/kolej, pegawai dan kakitangan kerajaan hinggalah ke jemaah Masjid Putra sendiri.

Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan rujukan kepada umum manakala pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan Masjid Putra sahaja.

Waktu Operasi:

Isnin – Khamis

10.00 pagi – 12.00 petang
2.00 petang – 4.00 petang

Jumaat

10.00 pagi – 12.00 tengahari

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Tutup

RUANG MAKAN MA’IDATUL RAHMAN

Ruang ini yang berada di aras LG boleh memuatkan sehingga 150 orang. Ia digunakan untuk jamuan bagi program/aktiviti anjuran Masjid Putra sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun.Ruang ini adalah ruang terbuka yang disertakan dengan kemudahan  kerusi dan meja makan.

AUDITORIUM IBNU SINA

Auditorium yang berada di aras LG boleh memuatkan sehingga 350 orang. Ia digunakan untuk program/aktiviti anjuran Masjid Putra sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun. Ia disertakan kemudahan penghawa dingin dan peralatan P.A. System. 

DEWAN MAKAN IBNU KHALDUN

Dewan Makan yang berada di aras LG boleh memuatkan sehingga 250 orang. Ia digunakan untuk jamuan makan bagi program/aktiviti anjuran di Masjid Putra. Ia disertakan dengan kemudahan penghawa dingin, kerusi dan meja makan.