WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA - IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Masjid Putra, Putrajaya

Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.



Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana yang lengkap mengikut rakaat:

Rakaat Pertama:
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca doa Iftitah
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
5. Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
8. Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
9. Iktidal
10. Sujud dan membaca tasbih
11. Duduk antara dua sujud
12. Sujud kembali
13. Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua:
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
3. Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
6. Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
7. Iktidal
8. Sujud dan membaca tasbih
9. Duduk antara dua sujud
10. Sujud kembali
11. Membaca tasyahud akhir
12. Memberi salam.

*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.
Klik DI SINI untuk contoh Khutbah Gerhana Bulan yang dikeluarkan oleh JAKIM.

#GerhanaBulan #GerhanaMatahari #SolatSunatKhusuf
#SolatSunatGerhanaBulan #SolatSunatGerhanaMatahari
#SolatSunatGerhana #KhutbahGerhana
 
(uploaded on 06112022:1013)