SELASA, 3 SEPTEMBER 2024 - Delegasi Masjid Putra, Putrajaya telah melaksanakan kunjung hormat ke Pejabat Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) pada hari ini.
Delegasi yang diketuai oleh YBrs. Dr Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Imam Besar Masjid Putra, telah disambut dengan mesra oleh YBhg. Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden PPj.
Kunjung hormat ini diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama kedua-dua agensi dan bertukar pendapat dalam pelbagai perkara.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penambahbaikan prasarana di masjid, program kolaborasi yang boleh dilaksanakan, memperkasakan pelancongan masjid dan sebagainya.
Diharapkan kunjung hormat ini akan mengeratkan lagi hubungan baik yang telah sedia terjalin di antara Masjid Putra dan Perbadanan Putrajaya.