Masjid Putra Putrajaya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Forum Penyucian Harta : Ibrah Daripada Sirah Nabi SAW yang berlangsung pada pagi Selasa, 24 September 2024.
Program yang diselaraskan oleh Unit Kebajikan dan Sosial (UKS) Masjid Putra, diharap dapat menjadi medan bagi menambah ilmu dan maklumat kepada semua yang hadir.
Jazakumullah Khair dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan penelis dan moderator yang berjaya menerbitkan mutiara berharga dengan fakta dan ibrah yang sangat bermanfaat.
Semoga bertemu lagi di lain masa dalam siri-siri forum atau majlis ilmu di Masjid Putra nanti.