SEMINAR KELUARGA BAHAGIA: SYURGA DI DUNIA
12 Disember 2024 (Khamis)
Masjid Putra, Putrajaya melalui Unit Pendidikan telah menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia : Syurga Di Dunia bertempat di Auditorium Masjid Putra. Objektif utama penganjuran seminar adalah untuk memperkasa keharmonian hidup berkeluarga dan memberi pendedahan isu-isu semasa kekeluargaan. Perasmian seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Imam Besar, Masjid Putra, manakala pengisian seminar disampaikan oleh Tuan Ahmad Shafiai bin Uda Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Utih. Lebih 300 orang dari pelbagai agensi dan komuniti telah menyertai seminar kali ini.




