Majlis Pembukaan Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa Tahun 2024 berlangsung dengan penuh penghormatan dan kekhusyukan pada malam ini dan telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dalam ucapannya, YB Menteri menekankan kepentingan memahami dan menghayati hadis-hadis sahih yang terkandung dalam Sahih Al-Bukhari sebagai panduan dalam kehidupan seharian umat Islam.
Syarahan umum bertajuk “Madkhal Sahih Al-Bukhari (Online) disampaikan oleh Al-Allamah Sheikh Dr. Yusri Jabr Al-Hasani, Ulama Mesir.
Turut hadir pada majlis malam ini ialah YBrs. Dr. Mohd Kori bin Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, Ketua-Ketua Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.