WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA - IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Masjid Putra, Putrajaya

Khamis
22 Rabiulawal 1446
26 September 2024


Malam Jumaat yang mulia.
Masjid Putra Putrajaya terus membina hubungan dengan surau di sekitar Putrajaya dengan menganjurkan Jaulah Mahabbah merangkumi sambutan Maulidur Rasul SAW, ziarah dan sumbangan Musa'adah Asnaf dan B40 yang dilaksanakan di Surau Az-Zakirin, Presint 11 Putrajaya. Program anjuran Unit Kebajikan dan Sosial (UKS) ini dihadiri oleh Imam Besar Masjid Putra, YBrs. Dr Muhamad Zakuwa bin Rodzali bersama Ahli Jawatankuasa dan para jemaah surau tersebut.


Antara pengisian program pada malam ini adalah Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Wan Zikri, sumbangan bantuan dan juga alunan selawat Nabi SAW.
Sementara itu, di Masjid Putra pula, Bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat berjalan seperti biasa dengan dihadiri oleh para jemaah yang setia mengimarahkan malam yang penuh barakah ini. Jom teruskan amalan dengan membaca Surah al- Kahfi bagi mengejar ganjaran pahala di malam dan hari Jumaat yang mulia.