Ahad
25 Rabiulawal 1446
29 September 2024
Ahad adalah hari hujung minggu dan hari cuti bagi bagi majoriti pekerja. Namun, Masjid Putra Putrajaya terus diimarahkan dengan pelbagai program dan aktiviti seawal dinihari.
Majlis Qiamullail di bawah seliaan Unit Ibadah, bermula seawal jam 4.30 pagi di Dewan Solat Utama (DSU). Kuliah Subuh Khas Sempena Maulidur Rasul dengan tajuk Rasulullah SAW Penyelamat Umat kemudiannya disampaikan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Mohd Zulkifli Makhtar al-Hafiz yang juga merupakan pembimbing qiamullail sebelum itu.
Program yang turut dihadiri oleh YBrs. Imam Besar Masjid Putra ini diakhiri dengan jamuan pagi yang disediakan untuk para jemaah.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua jemaah dan pengunjung yang mengimarahkan Masjid Putra ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat redha Allah SWT dan menjadi gedung pahala kita di akhirat nanti.