WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA - IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra Putrajaya telah melaksanakan Forum Perdana sempena menyambut Hari Kebangsaan Ke-67 negara kita Malaysia pada hari Jumaat, 30 Ogos 2024, di Dewan Solat Utama, selepas selesai solat fardhu Maghrib berjemaah.


Forum yang menampilkan YBhg. Datuk Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Wan Abdul Aziz, Mantan KP JAKIM merangkap YDP PUM, bersama al-Fadhil Us. Roslan bin Mohamed, figura dakwah terkenal, dengan di moderatorkan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nadzri bin Haji Mustakim, Imam Masjid Negara KL, membicarakan tajuk "Mesyukuri Nikmat Kemerdekaan."


Lebih 200 orang jemaah menghadiri forum ini bersama-sama Imam Besar Masjid Putra, YBrs. Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali, bagi mengutip mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan, lantas menginsafi bahawa kemerdekaan ini adalah anugerah Allah SWT yang wajib kita syukuri dan pertahankan selaras dengan syariat Islam.
Majlis ini kemudiannya diakhiri dengan solat Isya' secara berjemaah dan jamuan ringan.
Semoga kita bertemu lagi di majlis yang lain nanti, insyaAllah. Masjid Putra sentiasa di hati.