Rabu, 4 September 2024.
Masjid Putra Putrajaya meneruskan usaha mengimarahkan Rumah Allah ini dengan pelbagai pengisian program dan aktiviti.
Kelas Tafsir di bawah pimpinan al-Fadhil Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim secara mingguan ini, dilaksanakan di Bilik Kuliah Saidina Umar. Kuliah Tafsir ini diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 8.00 malam.
Sementara di Dewan Solat Utama, kelas pengajian al-Quran untuk kanak-kanak berlangsung seperti biasa. Kelas yang dilaksanakan pada setiap malam Isnin, Selasa dan Rabu pada setiap minggu, mengisi ruang di antara solat fardhu Maghrib dan Isya'.
Kelas-kelas anjuran Unit Pendidikan Masjid Putra ini adalah inisiatif yang positif bagi mendekatkan masyarakat dengan masjid dan menyemai rasa untuk mencintai majlis ilmu walau di mana sahaja kita berada.