Khamis
8 Rabiulawal 1446
12 September 2024
Masjid Putra, Putrajaya mengisi malam ini dengan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat yang bertempat di Dewan Solat Utama selepas selesai solat fardu Maghrib. Program anjuran Unit Ibadah ini mendapat sambutan yang baik daripada para jemaah yang hadir.
Program yang dilaksanakan pada setiap minggu ini turut menyediakan jamuan malam selepas selesai solat fardu Isya' secara berjemaah.
Bacaan Qunut Nazilah masih terus dilaksanakan di Masjid Putra pada setiap solat jahar iaitu Subuh, Maghrib dan Isya' sebagai tanda ingatan dan sokongan kepada rakyat Palestin yang masih dizalimi. Semoga Allah mengangkat musibah ini dengan segera dan keamanan kembali mengisi bumi al-Aqsa tersebut.
Sementara di Bilik Kuliah pula berlangsung Kelas Pengajian Mingguan Bahasa Inggeris, yang diselia oleh Unit Pendidikan.
Semoga semua usaha ini menjadi jalan-jalan menuju taqwa dan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. InsyaAllah.