WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA - IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Masjid Putra, Putrajaya

Khamis
9 Rabiulawal 1446
13 September 2024


Pagi Jumaat, Penghulu Hari yang mulia.
Masjid Putra, Putrajaya memulakan hari yang berkat ini dengan solat Subuh berjemaah.
Selesai solat, para jemaah mula bergerak keluar bagi meneruskan kehidupan dengan tujuan masing-masing. Ada yang bergerak menuju ke pejabat, menghantar anak ke sekolah, memulakan musafir dan sebagainya.


Pagi ini, sarapan pagi diagihkan kepada para jemaah dalam inisiatif Futur Duyuf ar-Rahman. Program seliaan Unit Ibadah yang diadakan pada setiap pagi Selasa dan Jumaat ini adalah salah satu usaha Masjid Putra Putrajaya menyantuni para jemaah yang datang mengimarahkan masjid ini.
Jom solat berjemaah di Masjid Putra pada setiap waktu agar kehidupan kita sentiasa terpandu. Mencari rezeki yang berkat, meneruskan hidup dengan memberi manfaat.