WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA - IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Masjid Putra, Putrajaya

Program International Symposium on Innovative Masjid (ISIM) 2024 telah dilaksanakan baru-baru ini bermula dari 1-3 Oktober 2024, bertempat di Solo, Jawa, Indonesia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga telah dijemput hadir ke simposium tersebut.
Menjadi suatu penghormatan kepada Masjid Putra Putrajaya apabila JAKIM diwakili oleh YBrs. Dr Muhamad Zakuwa Bin Rodzali yang merupakan Imam Besar Masjid Putra.
Simposium peringkat antarabangsa ini menawarkan pembentangan kertas kerja dan perbincangan berkaitan konsep masjid ramah dan masjid hijau atau green mosque, kepada para peserta yang hadir dari serata dunia.
Dr. Muhamad Zakuwa kemudiannya turut dijemput untuk membentangkan kertas kerja berkaitan The Strategic Role of Religion, Religious Actors and Houses of Worship on Preserving Environment, bersama ahli panel lain dari Indonesia, UAE, USA, Belgium, Switzerland dan beberapa negara lain.
Semoga perkongsian maklumat dan pengalaman yang disumbangkan dalam simposium ini memberi manfaat kepada umat Islam bagi menjadikan peranan masjid kepada ummah akan sentiasa relevan serta berinovasi selaras dengan kemajuan sains dan teknologi terkini.